(116) “Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilahlah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi”'.
(117) “Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada azab siksaanMu dan aku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu, aku tidak dapat memujiMu seperti Engkau memuji diriMu”'.
(118) “Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepadaMu kami solat dan kami sujud. Kepada Engkau kami beramal dan segera berbakti. Kami mengharapkan limpah rahmatMu dan kami gerun akan azab seksaMu. Sesungguhnya azab siksaMu hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang kafir. Ya Allah, kami memohon pertolonganMu, kami memohon keampunanMu dan kami memujiMu dengan kebaikan, kami tidak akan kufur kepadaMu, kami beriman kepadaMu, kami tunduk kepadaMu dan kami berlepas diri daripada orang yang kufur kepadaMu”'.