Bacaan sebelum dan selepas tidux.

1

(99) “Apabila Rasululllah ) ص )hendak tidur di tempat tidurnya pada waktu malam, baginda menyatukan kedua-dua tapak tangannya dan meniup kedua-duanya lalu membaca: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan dan tidak ada seseorang pun yang serupa denganNya”'. “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan yang menguasai waktu subuh dan aku berlindung daripada kejahatan sekalian makhluk, dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap-gelita dan daripada kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan hasad dengki”‘ “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan (yang memelihara dan menguasai) sekalian manusia. Yang Memerintah sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”'. Dibaca setiap kali lepas solat’. Kemudian, baginda menyapu dengan kedua- duanya bahagian tubuh yang mampu dicapai oleh baginda. Baginda memulakannya dari kepala, kemudian muka dan seterusnya bahagian hadapan tubuh. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali ‘.

2

( 100 ) Ayat kursi: “Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui segala yang ada di hadapan mereka dan segala yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan perkara yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)“ . Dibaca setiap kali selepas solat’.

3

(101) “Rasulullah telah beriman dengan segala yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya. Demikian juga orang-orang yang beriman; Semuanya beriman kepada Allah, Para MalaikatNya, Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan di antara seorang rasul dengan Rasul-rasul yang lain. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. (Kami memohon) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. Allah tidak memberatkan seseorang melainkan dengan sesuatu yang terdaya dilakukan olehnya. Dia mendapat pahala daripada kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa dari kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami bersalah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat seperti yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami sesuatu yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan ke atas kaum-kaum yang kafir”'.

4

(102) “Dengan namaMu wahai Tuhanku aku letakkan lambungku dan dengan namaMu aku mengangkatnya. Sekiranya Engkau memegang rohku (mati) maka ampunilah ia, sekiranya Engkau lepaskan ia maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh '.

5

(103) “Ya Allah, Engkau telah menciptakan diriku dan Engkau mematikannya (menidurkannya), bagiMu kematian dan kehidupannya, sekiranya engkau menghidupkannya peliharalah ia, sekiranya engkau mematikannya ampunilah ia. Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kesejahteraan”'.

6

(104) “Ya Allah peliharalah aku daripada azabMu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hamba Mu”. (Tiga Kali)‘.

7

(105) “Ya Allah dengan namaMu aku mati (tidur) dan dengan namaMu aku hidup (jaga)” .

8

(107) “Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan bumi, Tuhan Arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan setiap sesuatu, Yang membelah (menumbuhkan) biji (tumbuh-tumbuhan) dan butir (buah—buahan) Yang menurunkan Taurat, lnjil dan Furqan (Al-Quran), aku berlindung denganMu daripada kejahatan setiap sesuatu, Engkau Yang Berkuasa ke atasnya. Ya Allah, Engkau Yang Awal tiada sebelumMu sesuatu, Engkau Yang Terakhir tiada selepasMu sesuatu. Engkaulah Yang Zahir dan tiada di atasMu sesuatu, Engkaulah Yang Batin dan tiada sesuatu di bawahMu, jelaskanlah daripada kami hutang kami dan berikanlah kami kekayaan agar kami bebas daripada kefakiran”'.

9

(106) “Maha Suci Allah” (33 kali), “Segala puji bagi Allah” (33 kali) Dan “Allah Maha Besar (34 kali)’.

10

(108) “Sega|a puji bagi Allah yang memberi makan dan memberi minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memberi tempat berteduh kepada kami. Alangkah ramainya orang yang tidak ada yang mencukupkannya dan memberi tempat ia berteduh”'.

11

(109) “Ya Allah, Engkau mengetahui yang ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan memilikinya. aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya”'.

12

(110) “Membaca surah ‘As-Sajdah’ dan Surah ‘Al- MuIk”'.

13

(Ill) “Ya Allah, aku serahkan diriku kepadaMu dan aku serahkan urusanku kepadaMu dan aku hadapkan mukaku kepadaMu dan aku sandarkan belakangku ini kepada (kekuasaan) Engkau, dengan keinginanku dan ketakutanku kepadaMu, tiada tempat pergantungan dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri daripadaMu kecuali kepadaMu, aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan aku beriman dengan NabiMu yang Engkau utuskan”.

Zaker copied