(75) “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”. Ayat kursi
( 76) “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan dan tidak ada seseorang pun yang serupa denganNya”'. ( 3x ) “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan yang menguasai waktu subuh dan aku berlindung daripada kejahatan sekalian makhluk, dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap-gelita dan daripada kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan hasad dengki” ( 3x) “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan (yang memelihara dan menguasai) sekalian manusia. Yang Memerintah sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”'. Dibaca setiap kali lepas solat’. ( 3x)
(77) “Kami hayati pagi kami dan pagi yang penuh Kekuasaan bagi Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa Yang tiada sekutu bagiNya, baginya Kekuasaan dan baginya Kepujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Ya Tuhanku, Aku memohon kepadaMu, kebaikan yang terdapat pada hari ini dan kebaikan yang terdapat selepasnya dan aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang terdapat pada hari ini dan kejahatan yang berlaku selepasnya, Tuhanku aku berlindung denganMu daripada kemalasan dan terlalu tua, Tuhanku aku berlindung denganMu daripada azab neraka dan azab kubur”.
(78) “Ya Allah, denganMu kami hayati wakru pagi kami, denganMu kami hayati waktu petang kami, denganMu kami hidup, denganMu kami mati dan kepadaMu kami akan kembali”.
(79) “Ya Allah, engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikanku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmatMu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Ampunilah dosaku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau ‘.
(80) “Ya Allah, sesungguhnya pada pagi ini aku mempersaksikan kepadaMu dan aku mempersaksikan Malaikat yang memikul arasyMu. malaikat-malaikat dan semua makhlukMu bahawa sesunggulmya Engkau adalah Tuhan kami. Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Yang Esa tidak ada sekutu bagiMu dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan rasulMu”. (empat kali) .
(81) “Ya Allah, segala nikmat yang aku perolehi pada pagi ini atau segala yang diperolehi oleh setiap sesuatu daripada makhlukMu pada pagi ini adalah daripadaMu Yang Esa, tidak ada sekutu bagiMu, maka untukMulah segala pujian dan untukMulah segala kesyukuran '.
(82) “Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badanku, Ya Allah, kumiakanlah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah, kumiakanlah kesihatan pada penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kekufuran dan kefakiran, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau . (tiga kali)'.
(83) “Cukuplah Allah (sebagai pelindung) bagiku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadanyalah aku bertawakkal dan dialah Tuhan yang menguasai Arasy yang agung”. (tujuh kali)'.
(84) “Ya Allah, aku memohon kepadaMu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat, Ya Allah, aku memohon kepadaMu kcampunan dan kesejahtcraan pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah keaibanku dan amankanlah diriku daripada rasa takut. Ya Allah, peliharalah diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiriku serta dari auwku dan aku berflndung dengan keagunganMu daripada diceroboh di sebelah bawahku”.
(85) “Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya '.
(86) “Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namaNya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (tiga kali)'.
(87) “Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad ( ص ) sebagai Nabi . (Tiga kali)‘.
(88) “Wahai tuhan yang Tetap Hidup, Yang Kekal memerintah selama-lamanya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah bagiku segala urusanku dan janganlah Engkau biarkankan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata”'.
(89) “Kami hayati pagi kami dan pagi yang penuh Kekuasaan bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, pembukaaannya, pertolongannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan hari ini dan yang selepasnya”'.
(90) “Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas dan di atas agama Nabi kami Muhammad ( ص ) yang juga agama bapa kami Nabi Ibrahim yang lurus lagi tunduk kepada Allah dan baginda bukanlah seorang yang musyrik”‘.
(91) “Maha Suci Allah dan segala pujian bagiNya”. (100 Kali)’.
(92) “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. (100 kali)‘. Atau (sekali sahaja ketika penat)‘.
(93) “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. (100 kali pada waktu pagi)‘.
(94) “Maha Suci Allah dan aku memujiNya sebanyak makluk ciptaanNya, keredhaan diriNya, seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta KalimahNya”. (tiga kali pada waktu pagi)‘.
(95) “Ya Allah, aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”. (waktu pagi)‘.
(96) “Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepadanya”. (100 kali sehari)‘.
(98) “Ya Allah, kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad”. (10 kali) .