Zikir selepas solat.

1

(66) “Aku memohon keampunanMu Ya Allah”. (tiga kali) “Ya Allah, Engkau sejahtera daripada segala keaiban, daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan, bertambah-tambah berkatMu ya Allah, Tuhan Yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”'.

2

(67) “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menegah sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau tegahkan dan tiadalah bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau”‘.

3

(68) “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagiNya kepujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan kami tidak menyembah kecuali kepadaNya. BagiNya segala nikmat, bagiNya segala kelebihan dan bagiNya pujian yang elok. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dalam keadaan mengikhlaskan ibadat kepadaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir”'.

4

(69) “Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, dan Allah Maha Besar”. (33 kali) “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, baginya kekuasaan dan pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”‘.

5

(70) “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan dan tidak ada seseorang pun yang serupa denganNya”'. “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan yang menguasai waktu subuh dan aku berlindung daripada kejahatan sekalian makhluk, dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap-gelita dan daripada kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan hasad dengki”‘ “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan (yang memelihara dan menguasai) sekalian manusia. Yang Memerintah sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”'. Dibaca setiap kali lepas solat’.

6

(71) Ayat kursi: “Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui segala yang ada di hadapan mereka dan segala yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan perkara yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)“'. Dibaca setiap kali selepas solat’.

7

(72) “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, Baginya kekuasaan dan pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. (Dibaca sepuluh kali setiap lepas solat maghrib dan subuh)’.

8

(73) “Ya Allah, aku memohon daripadaMu ilmu yang bennanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”. (Dibaca selepas salam pada solat subuh)'.

Zaker copied