(55) “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung denganMu daripada fitnah Al-Masih Dajjal”‘.
(56) “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Al-Masih Dajjal dan aku berlindung denganMu daripada fitnah yang hidup dan yang mati. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang”
(57) “Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”'.
(58) “ya Allah , ampunkanlah dosaku yang dahulu dan yang kemudian, yang aku sembunyikan dan aku zahirkan, yang aku terlanjur dan yang Engkau lebih mengetahui mengenainya dariku. Engkaulah yang dahulu dan Engkaulah yang kemudian. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”'.
(59) “Ya Allah, bantulah aku dalarm mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu serta melakukan ibadat yang terbaik kepadaMu”'.
(60) “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada sifat bakhil, aku berlindung denganMu daripada menjadi pengecut, aku berlindung denganMu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), aku berlindung denganMu daripada fitnah dunia dan aku berlindung denganMu daripada azab kubur”'.
(61) “Ya Allah, aku memohon daripadaMu syurga dan aku berlindung denganMu daripada neraka”'.
(62) “Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk”'.
(63) “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu bahawa aku telah mengaku bahawa Engkaulah Tuhan yang Esa, yang bergantung padaNya setiap sesuatu, yang tidak beranak dan diperanakkan, tidak ada seorang pun yang setara denganNya, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”'.
(64) “Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sesungguhnya bagi Engkaulah kepujian, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau Yang Esa tiada sekutu bagi Engkau, Yang Menganugerahi, Yang Mengadakan langit dan bumi, Yang mempunyai Kebesaran dan Kemulian. Wahai Tuhan Yang Tetap Hidup, Yang Kekal mentadbir selama-lamanya, aku memohon kepadaMu syurga dan aku berlindung denganMu daripada neraka”'.
(65) “Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sesungguhnya aku telah mengaku bahawa Engkaulah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau yang Esa, yang bergantung padaNya setiap sesuatu, Yang tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya”'.