(38) “Allah telah mendengar orang-orang yang memujiNya”‘
(39) “Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian, pujian yang banyak, elok dan mengandungi keberkatan padanya ’.
(40) “(Aku memujiMu) dengan pujian sepenuh langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dan sepenuh yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepas itu. Tuhan yang berhak dipuji dan Yang Mulia. Inilah sebenarnya yang berhak dikatakan oleh hamba dan kami semua bagi Engkau adalah hamba. Ya Allah, tiada yang dapat menegah sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau tegahkan dan tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau”'.