Bacaan ketika berada di atas bukit Safa dan Marwah.

1

(236) “Apabila berada di tepi bukit safa Nabi ( ص ) membaca: “Sesungguhnya bukit Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar tempat beribadat kepada Allah”. Aku mulai sa’ie mengikut apa yang di dahulukan oleh Allah”. Kemudian Nabi ( ص ) naik ke atas bukit Safa sehingga melihat Kaabah dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Baginda membaca kalimah tauhid dan bertakbir: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar”. “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya. Allah telah menepati janjiNya dan membela hambanya dan mengalahkan tentera musuh dengan sendiriNya”. Kemudian Nabi ( ص ) berdoa di antara keduanya. Baginda membacanya sebanyak tiga kali. Di dalam hadis tersebut juga dikatakan bahawa Nabi ( ص ) membaca di atas bukit Marwah seperti bacaannya di Safa”'.

Zaker copied