Kelebihan berselawat ke atas Nabi ( ص ).

1

(219) Sabda Nabi ( ص ) yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kc atasku sekali, Allah akan memberi rahmat kepadanya sepuluh kali”'.

2

(220) Sabdanya yang bermaksud: “Jangan kamu jadikan kuburku seperti tempat perayaan dan ucaplah selawat ke atasku kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku di mana saja kamu berada”.

3

(221) Sabdanya yang bermaksud: “Orang yang bakhil ialah orang yang apabila disebut namaku di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku”'.

4

(222) Sabdanya yang bermaksud: “Allah mempunyai Malaikat-malaikat yang berjalan di bumi untuk menyampaikan kepadaku salam dari umatku”’.

5

(223) Sabdanya lagi yang bermaksud: “Tidak ada orang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah mengembalikan kepadaku rohku hingga aku membalas salamnya” .

Zaker copied